Monday, May 31, 2010

Nasi Briani Import

Kelmarin aku menghadiri kenduri kahwin sepupu aku di Kg Dato Keramat. Semalam dengan kelmarin memang banyak jemputan, termasuk la kawan ofis aku yang kendurinya berlangsung semalam.

Siapa cepat dia dapat. So kalau nak berbaring bila ambil shot tu pun takde orang nak marah. Jika kamu suka, kamu buat. Bila kamu buat, kamu akan suka. Bila dah suka, buat balik berkali-kali. Buang jauh-jauh sifat malu tak bertempat. Ye kan.

Selamat pengantin baru kepada sepupu aku, Siti Hawa dan Zul. Semoga bahagia ke anak cucu ya! Nanti aku kawin datang tau, tapi tak tau bila.

Tuesday, May 25, 2010

Benda Ringkas

Bila aku terhilangkan modem broadband minggu lepas, aku rasa aku manusia yang terlalu rugi disebabkan benda tu medium untuk aku bertukar-tukar ilmu dengan orang yang aku kenal mahupun tidak.

Buat biasa je la, nak tension-tension pun tak guna. Malahan itu saat yang membuatkan aku sedar, internet bila digunakan dengan baik, ia menjadi sumber ilmu dan inspirasi kepada kehidupan seharian. Internet tak salah, cara kita guna saja perlu betul.

Tadi aku pergi ke Menara Celcom, Jalan Semarak KL. Minta satu simkad baru. RM5 akan dicaj pada bil akan datang. Layanan yang baik, cepat dan pantas. Aku suka, balik penuh berseri-seri.

Dan bagi aku hidup perlu sealiran dengan arus semasa. Al-Quran dicipta Allah bukan hanya untuk zaman Jahiliah, sebaliknya dari mula hingga akhir zaman. Tak kira zaman broadband, sebab kita tak tahu bila kita mati, tapi Allah yang menentukan bila bumi ini akan hancur. Sebab tu dia cipta Al-Quran sebagai 'guide'.

Hidup dalam alam maya atau internet, hidup dengan alam sekitar, sesuatu yang menjadikan sumber ketenangan jiwa. Bagi aku, ini adalah benda-benda yang aku buat mampu mendekatkan diri pada Pencipta. Walaupun ada manusia yang menolak teknologi, tapi kadang kala kamera juga merakam keindahan ciptaan-Nya untuk semua.

Ringkas

Friday, May 21, 2010

Tipu hantu

Bila aku menonton iklan ni, baru aku tahu kenapa orang-orang tua dulu selalu pesan malam jumaat banyak hantu, so budak-budak kena tidur awal.

Sunday, May 16, 2010

Peristiwa Atas Bukit

Kalau ada orang tanya macammana nak selesaikan masalah, mungkin aku akan pesan pada dia kita selalu kena fikir logik dalam menyelesaikan sebahagian hal. Kadang-kadang masalah yang kecil-kecil ni kita leh fikir logik sendiri, maksud aku fikir dengan realistik.
+
Tapi bukan semua hal boleh difikirkan dengan logik akal, sebahagian yang besar juga kena belandaskan wahyu.
+
Akhirat dengan dunia kena belen ( balance ). Kalau tak, itu yang hidup serba tak kena. Kerja-kerja juga, solat jangan tinggalkan. Sebab dunia Allah yang sangat cantik ini, hanya sementara untuk kita cari bekal dibawa ke akhirat besok.

Saturday, May 8, 2010

Saturday - The Scenery About Hill

Aku suka orang anggap aku sebagai Graphic Designer. Walaupun aku agak amatur lagi, sekurang-kurangnya ada orang nak ajar aku pergi lebih jauh. Graphic designer, ya aku suka dengan nama tu sekarang.

Tak kisah la kalau ada orang nak kata bajet bagus sangat, tapi memang sekarang pun aku dalam bidang tu, nak buat macam mana. Janji ikhlas, cukup ler. Kadang-kadang kita nak rasa syok dalam hati pun ade orang nak kacau. Betul kan?

Kamu, kalau nak cari aku, cuba taip Budakpensel Yazid kat Facebook. Mane tahu boleh kenal-kenal pula.

Thursday, May 6, 2010

Aku dengan Opis Printing

Aku teringat masa first time aku datang kerja kat tempat ni. Masa tu bulan September 2009. Ya, masa tu bulan puasa. Kerja bahagian printing ni memang menduga kesabaran sikit. Maklumlah, bujang. Kalau kerja tak overtime tu, makan gaji bulan saje lah..

Ada benda yang kurang, ada benda yang lebih. Yang kurang tu mungkin dari segi tekanan bekerja. Mana ada kerja tak ada tekanan, baik arkitek, lawyer, pemandu F1 dan sebagainya. Tekanan macam rencah hidup la. Tekanan itu, akan berakhir dengan senyuman selalunya ( gaji ).
+
Gaji dibayar awal, memang kitorang lagi awal dari gaji kerajaan.
+
Ow. Aku nak bagitau, lagi 4 bulan aku dah kerja setahun kat sini. Ya, lagi 4 bulan. Memandangkan sebelum ni aku tak pernah kerja lebih dari 3 bulan, kali ni aku rasa aku cukup bersedia untuk menghadapi masa depan aku yang aku sendiri perlu tentukan. Orang kata pengalaman kan. Pengalaman tu penting.
+
Aku dah semakin berisi kerja kat sini. Kawan-kawan cakap aku senang hati. Bukan, pasal tempat kerja aku menyediakan makan tengahari. Tak makan, kena marah la. Konon membazir. Tak tau pulak berat badan ni bukan makin berkurang. Paling tidak kekal stabil jadilah.

Wednesday, May 5, 2010

Ambillah Iktibar

Mungkin aku perlu berikan sedikit pendapat, aku harap kalau ada politician yang membaca post ini, sila fikir secara logik apa yang aku mahu kongsi bersama.

1. Apabila kita memandu di jalan raya, pastikan kita mempunyai lesen memandu. Dan jangan memandu di jalan raya tanpa lesen, sebab kita perlu menghormati keselamatan orang lain yang sama-sama menggunakan jalan raya.

2. Sekiranya kita mempunyai kereta, adalah salah disisi undang-undang memberi kepada orang yang tidak mempunyai lesen memandu lebih-lebih lagi mereka ini bawah umur. Melakukan perbuatan di atas secara terang-terangan pemberi harus bertanggungjawab atas apa-apa yang berlaku selepas itu.

3. Apabila diminta berhenti oleh pihak berkuasa, patuhi arahan tersebut. Kegagalan berbuat demikian akan mengakibatkan kita berada dalam situasi paling merbahaya, atau meninggalkan syak wasangka pada polis. Sila rujuk kuasa polis semula apa yang mereka akan lakukan jika arahan menghentikan kenderaan tidak dipatuhi. Atau tanya di Balai Polis berhampiran.

4. Sebagai pengguna jalan raya, sangat mustahil pemandu di belakang mampu mengecam pemandu dihadapan lahir pada tahun bila.

5. Jangan mudah menyalahkan orang lain. Sepatutnya kita mencari iktibar kepada apa yang berlaku. Ini bukan kes baru, sudah banyak kes yang memaksa polis melepaskan tembakan apabila arahan menghentikan kenderaan tidak dipatuhi.

Hal dunia kita fikir melalui Logik Otak kita, hal rohani kita gunakan Al-Quran dan As-Sunnah.

Marilah sedekahkan Al-Fatihah kepada arwah, kerana dia juga saudara kita. Dan ambillah iktibar dari apa yang berlaku, dan hentikanlah saling salah menyalahkan antara satu sama lain.

Macam ni la

Gaya penulisan bagi aku sangat penting. Sebab aku mahu share benda-benda baru. Gambar sikit-sikit je, nanti berat orang tekan pangkah pulak. Kan

Tuesday, May 4, 2010

Under Construction

Dah masuk bulan Mei. Bagi aku setiap kali masuk bulan Mei, maknanya kita telah berada di pertengahan tahun. Walaupun bukan bulan Jun, tapi bagi aku bulan Jun sudah terlewat untuk bekata demikian.

Sejak minggu lepas, aku rasa idea untuk menulis blog tu banyak. Terlalu banyak. Tapi bila aku mula daftar masuk blog, aku macam lupa benda yang aku nak tulis. Aku rasa aku perlu belajar dari Eminem, selalu bawak kertas dengan pen, asal ada idea je, tulis. Jadi, macam tu aku rasa kita lebih menghargai waktu.

Betul, waktu semakin berlalu. Waktu sangat cepat belalu.

Bila aku tengok balik blog aku, aku rasa perlu ke blog aku dipebesarkan / dilebarkan saiz dia, memandangkan kadang-kala aku rasa agak sempit bila aku menulis panjang. Tapi ini sebenarnya saiz yang menyokong semua saiz screen yang ada. Kamu rasa bagaimana?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...