Monday, February 22, 2010

Life Tips : Si Bodoh bila bertanya Si Bijak

Pernahkah kamu merasa situasi seperti ini?

"Kamu mahu memberi pendapat tentang sesuatu, malangnya orang yang kamu tanya itu menafikan pendapat kamu, hanya kerana dia beranggapan dia sahaja paling tahu tentang sesuatu perkara itu."

"Kamu merasakan yang kamu bertanya orang yang terlalu bijak, sebab tu segala pendapat kamu dibuang macam tu sahaja"

Kalau kamu berjumpa orang seperti ini, maka kamu patut lupakan saja niat kamu untuk bertanya lagi. Niat kamu bagus, tapi kamu bertanya kepada seseorang yang sombong, atau seseorang yang angkuh dalam sesuatu perkara sehinggakan terjadilah situasi seperti diatas.

Maka lupakanlah. Bila saatnya terjadi situasi seperti diatas, percayalah kamu sebenarnya lagi bijak daripada orang itu. Mungkin pendapat kamu itu benar, dan kamu mengajukan kepada orang yang lebih bijak ( mengikut sangkaan kamu ) dan akhirnya dia menafikan pendapat kamu tanpa meneliti pendapat kamu terlebih dahulu.

Orang yang sombong bila tahu sesuatu perkara, dia tidak suka bila ada orang yang dirasakan kurang bijak daripadanya memberikan sesuatu pendapat yang tepat dan lebih baik daripadanya. Dia merasakan dirinya tergugat dan akhirnya, dia cuba melencong supaya kamu merasakan pendapat kamu salah.

Kadang-kala orang itu hanya diam bila pendapat kamu itu sangat benar.

Kalau ia terjadi kepada kamu, percayalah dia memang bijak, dan kamu lebih bijak daripadanya.

Tuesday, February 16, 2010

Wolfman ?

Kelmarin semasa Valentine Day, kawan aku, Sais dan Pak Lah ada ajak aku tonton movie ni. Semata-mata nak tunggu waktu kenduri kahwin jiran aku yang berlangsung selepas maghrib kat Puchong.

Jalan cerita dia ringkas sebenarnya. Starting cerita dia pun dah buat ramai amoi-amoi yang kat pawangan tu terkejut beruk, sampai aku sendiri pun addict sama.

Cerita ni mengisahkan pembunuhan adik kepada Lawrence Talbot’s ( watak utama dalam cerita ) yang menjadi misteri kepada orang kampung tersebut tentang siapakah pembunuh yang kejam berdasarkan cara pembunuhan yang dilakukan.

Lawrence Talbot’s adalah seorang daripada pesakit mental yang pulang ke kampung halamannya untuk menjejak pembunuh tersebut. Dalam sejam pertama, digambarkan Lawrence Talbot’s masih mencari rahsia mengapakah dia dimasukkan wad sakit mental selepas ibunya dikatakan membunuh diri dengan mengelar lehernya sewaktu dia kecil.

Dalam susunan cerita ini, menjadi titik atau point cerita adalah siapakan pembunuhnya adik Lawrence Talbot’s, manusia atau haiwan. Ditambah lagi dengan kematian ibunya sewaktu dia kecil.

Plot cerita yang tersusun, namun sesuai ditonton oleh orang yang tiada sakit jantung. Sebab kemunculan serigala jadian tu memang menakutkan ( mendajalkan penonton, haha ).

Tak rugi beli tiket cerita ni.

p/s : GSC Times Square KL.

Friday, February 12, 2010

Bila sesaat seperti ini

Kadang-kadang berdiam diri itu aku rasakan lebih baik. Sebab kadang-kadang sifat diam dapat mengurangkan pelbagai masalah dan sengketa.

Ada satu waktu itu aku mula rasakan aku perlu banyak bersuara, sebab bila aku diam, aku membiarkan diri dipijak oleh orang yang lebih berpangkat, walaupun aku tak bersalah.

Sampai ketikanya, aku rasa berkawan ( sosial ) itu lebih menyeronokkan. Sekurang-kurangnya ada ketikanya pelbagai masalah dapat dikongsi bersama, dan paling seronok apabila kita berkongsi kegembiraan asalkan perbuatan itu 'menggembirakan'.

Di penghujungnya, aku rasa perbuatan tadi tidak berguna, sebab aku rasa hidup bersendirian adalah lebih baik, berdiri diatas dunia yang sangat nyata, tanpa menyusahkan orang lain.

Tanpa menyusahkan orang lain.

Walaupun alone, lonely..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...