Monday, August 27, 2012

Jangguttouch | Udey Ismail + Carlos Nizam





August 23, Kuala Terengganu. Apa yang aku suka pada hari tersebut adalah perkataan dan pengalaman baru yang mungkin orang macam aku perlu tahu. Sekurang-kurangnya aku dapat satu benda yang sangat bermanfaat untuk aku fikir sampai bila-bila. Benda yang paling penting, survival. Thanks Udey!


Saturday, August 4, 2012

Google Glass .


Sight from Sight Systems on Vimeo.

Projek Google Glass merupakan salah satu projek yang mendapat perhatian utama oleh pihak Google, membolehkan para pengguna mengakses dan mengawal pelbagai perkara dengan pandangan mata mereka. Dan kini, sebuah video konsep dengan tajuk Sight dibangunkan oleh beberapa pelajar sebagai projek mereka. 

Daripada filem pendek yang dinamakan Sight, ia memperlihatkan bagaimanakah teknologi seumpamanya akan memberikan kelebihan, dan juga beberapa kesan negatif daripadanya kelak.

Selain daripada Google, beberapa syarikat lain turut sama dalam proses membangunkan peranti seumpamanya. Google sendiri mengatakan mereka mensasarkan untuk menjualnya secara komersial sekitar 2014 atau 2015 kelak, dan akan menjualnya kepada para pembangun pada tahun hadapan.

Dengan teknologi seumpamanya, apa kata anda? Adakah ia sesuatu yang baik ataupun sebaliknya?

*petikan diambil daripada blog amanz.

"realitinya semakin maju teknologi, semakin kuatlah pegangan manusia ke arah kehidupan seperti 30 tahun ke belakang' - Budak Pensel August 04, 2012. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...